Saturday, 18 August 2012

Gadis Melayu Mati Ketika Berzina

gambar hiasan
Seorang wanita berusia 23 tahun mati, dipercayai selepas meminum ubat buatan sendiri bersama teman lelakinya. Mangsa yang dikatakan sudah bertunang dengan seorang lelaki dikatakan meninggal dunia sebaik tiba di Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini. Sementara itu, teman lelakinya berusia 20 tahun yang turut dihantar ke hospital sama masih dirawat.

Terdahulu, pasangan terbabit dikatakan ditemui orang awam kira-kira jam 12 malam dalam keadaan tidak bermaya di tepi jalan, sebelum dihantar ke HSAH untuk rawatan.

Sebelum itu, mereka dikatakan mendaftar masuk ke sebuah rumah tumpangan di Taman Mutiara. Berdasarkan maklumat, pasangan terbabit dikatakan meminum ubat yang dicampur minuman berkarbonat.

Seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali, berkata sebelum kejadian mangsa sempat berbuka puasa bersama ibunya di rumah mereka di Taman Kempas, di sini sebelum keluar untuk berjumpa rakan kira-kira jam 9.30 malam.

“Dia beritahu ibunya mahu keluar untuk beli baju raya. Namun, kira-kira jam 1 pagi kami dimaklumkan dia meninggal dunia dan mayatnya berada di hospital,” katanya.