Saturday, 18 August 2012

Dua Gadis Dicabul

Gambar Hiasan
Sekumpulan penjenayah tidak berhati perut kerana bukan sahaja menyamun sepasang suami isteri malah turut mencabul dua tetamu wanita pasangan itu di rumah mangsa.

Pemilik rumah itu berkata, kejadian berlaku pukul 10.45 pagi ketika dia dan isterinya sedang berurusan dengan dua wanita berusia lingkungan 20-an dari sebuah syarikat perumahan di ruang tamu rumahnya.

Tidak sampai beberapa minit kemudian tiga lelaki bersenjatakan parang meluru masuk menerusi pintu depan rumahnya dan mengarahkan mereka semua diam.

"Tidak lama kemudian muncul tiga lagi lelaki bersenjatakan parang mengarahkan kami menyerahkan barangan berharga.

"Kesemua mereka menaiki tiga motosikal yang diletakkan di pekarangan rumah manakala beberapa lagi motosikal yang ditunggangi rakan mereka dilihat berkawal di luar pagar," katanya di sini hari ini.

Tidak cukup dengan itu, beberapa lelaki berkenaan kemudian bertindak mencabul kedua-dua tetamunya selama beberapa minit.

"Saya terkejut apabila mereka tanpa segan silu mula meramas buah dada dan kemaluan kedua-dua tetamu saya.

Setelah puas meraba buah dada dan kemaluan kedua gadis berkenaan, kumpulan itu melarikan diri dengan menaiki beberapa buah motosikal.