Tuesday, 10 July 2012

Buah Dada Jururawat Diramas


Perjalanan pulang seorang jururawat ke rumahnya selepas tamat waktu bekerja bertukar menjadi detik hitam apabila dicabul seorang lelaki yang menghimpitnya dengan motosikal.

Kejadian cabul kira-kira jam 9.45 malam berkenaan menyebabkan mangsa yang berusia 22 tahun terkejut dan trauma sehingga serta merta memberhentikan motosikal yang ditungganginya di tepi jalan.

Sebelum itu, mangsa yang bekerja di sebuah klinik baru sahaja menamatkan syif kerja kerana dia bekerja syif petang.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya mangsa yang menunggang sebuah motosikal secara tiba-tiba dihimpit suspek yang turut menunggang motosikal dan kemudiannya bertindak memegang dan meramas buah dada mangsa.

Akibat perbuatan biadap itu mangsa yang tersentak memberhentikan motosikalnya di tepi jalan sementara suspek pula memecut laju motosikal yang dinaikinya.