Wednesday, 7 March 2012

Kanak Kanak 12 Tahun Rela Melacur


Seorang gadis 12 tahun dipaksa ibunya untuk melayani lebih dari 100 lelaki. Kejahatan ini terbongkar dan si ibu serta pasangannya di penjarakan.

Seperti diberitakan Sydney Morning Herald, kelmarin, di persidangan terungkap, Wanita asal Tasmania, Australia itu bekerja sama dengan pasangannya, Garry John Devine (51) menempah sebuah bilik hotel di Hobart untuk digunakan oleh anaknya dalam melayani lelaki.

Wanita itu juga menyediakan kondom dan juga bahan pelincir untuk digunakan oleh anaknya. Bilik tersebut digunakan selama dua malam. Devine bertugas mengawal anak perempuannya itu dan bertugas mengetuk pintu bilik memberitahu pelanggan bahawa waktu mereka telah habis.

Pelacuran itu kemudian diteruskan di kediaman Devine.Kejadian ini terus berlangsung selama sebulan. Dikatakan anak perempuan itu telah berhubungan seks dengan lebih dari 100 lelaki selama sebulan tersebut.

Ibunya akan mengenakan bayaran sebanyak 100 dolar Australia untuk satu setengah jam manakala tambahan 50 dolar Australia bagi lelaki yang tidak mahu memakai kondom. Duit hasil pelacuran tersebut dibahagi tiga termasuk kanak kanak terbabit turut mendapat bahagian. Akibat hubungan seks bersama pelanggan, kanak kanak tersebut menghidap beberapa penyakit kelamin. Akhirnya, wanita berumur 41 tahun tersebut dipenjara 10 tahun