Saturday, 29 October 2011

Siswi Rela Dicabul


Niat seorang pelajar perempuan sebuah institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) mahu mencari duit lebih dengan menyebarkan poster di kawasan perumahan bertukar pengalaman menakutkan apabila dia dicabul seorang lelaki kononnya mahu bertanyakan arah.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa yang berusia 21 tahun mengagihkan poster berkenaan dari rumah ke rumah, dia didatangi seorang lelaki berusia 20-an yang menaiki motosikal untuk bertanyakan arah ke sebuah bank.

“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa menunjukkan arah sebelum suspek mengucapkan terima kasih. Suspek menghulurkan tangan seperti mahu bersalam, bagaimanapun tanpa diduga, dia mencapai bahagian dada mangsa lalu meramas buah dadanya sambil tersenyum,” katanya.

Mangsa yang terkejut hanya mendiamkan diri membiarkan suspek meramas buah dadanya beberapa minit sebelum berlalu pergi.