Wednesday, 26 October 2011

Pelacur Budak Sekolah


Mengejutkan apabila ada remaja perempuan yang masih bersekolah sanggup menggadai maruah diri dengan meniduri seramai mungkin lelaki terutama golongan berada dan berpengaruh semata-mata ingin merebut gelaran ratu sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu kota.

Semakin ramai lelaki yang ditiduri, semakin hebat reputasi gadis itu di kalangan remaja perempuan yang melepak dan berpeleseran di pusat beli-belah berkenaan, sekali gus melayakkannya digelar Ratu X.

Gelaran itu menjadi kegilaan gadis liar dan apa yang menyedihkan kebanyakan remaja berkenaan yang masih bersekolah sanggup menggadai dara hanya untuk mencari populariti segera.

Trend menggemparkan itu diakui Shana dan Yanti, 16 (bukan nama sebenar) yang mendedahkan kegiatan itu biasanya dilakukan pada setiap hujung minggu bagi mengaburi mata ibu bapa dan keluarga.

Menurut Shana, Ratu X adalah gelaran yang diberikan kepada remaja perempuan yang sering mendapat perhatian lelaki yang biasanya melepak sekitar pusat beli-belah berkenaan dan untuk mendapatkan gelaran itu, beberapa syarat perlu dipatuhi.

“Syaratnya mudah saja, untuk menjadi ratu atau popular di kalangan remaja di situ, seseorang itu hendaklah bermalam dengan seramai mungkin lelaki dan lelaki yang dipilih juga harusnya golongan berada atau yang mempunyai ramai kawan atau pengaruh.

Yanti pula mendakwa beberapa rakan sekelasnya turut terjebak dengan aktiviti seumpama itu.

Katanya, dia mula terbabit dengan kegiatan tidak bermaruah itu selepas berjaya memperdaya keluarga untuk meninggalkan rumah selama seminggu kononnya menyertai kokurikulum sekolah.

"Di situlah segala-galanya berlaku... saya masih ingat ketika itu sesi persekolahan baru bermula dan saya keluar rumah dengan pakaian sekolah sebelum dijemput teman lelaki yang dua tahun lebih tua daripada saya.

"Selepas penat bersiar-siar, saya dibawa ke hotel murah, dan ketika itu seorang lagi rakannya turut tidur bersama dalam bilik dilengkapi dua katil, di situlah dara saya diragut apabila dipaksa melakukan hubungan terlarang atau hubungan kami yang dijalinkan selama setahun diputuskan.

"Kerana sayangkannya, akhirnya saya pasrah dan merelakan apa saja yang dilakukan dan pada masa sama rakan teman lelaki turut meminta saya melayan nafsunya, namun teman lelaki saya melarang dan di situlah saya beranggapan dia mengambil berat perihal saya," katanya.

Menurutnya, pada mulanya dia takut dan menangis apabila melihat tompokan darah, namun pada hari kedua mereka bersama, keinginan mengulangi perbuatan itu semakin ketara.

"Selama seminggu, kami bertiga tinggal di hotel itu, lebih 10 kali hubungan terlarang saya lakukan dan saya merasa teman lelaki saya cukup bertanggungjawab apabila dia sekalipun tidak membenarkan rakannya menyentuh saya," katanya.