Friday, 21 October 2011

Isteri Menanggung Derita

Ramai pelacur berusia bawah 30-an yang aktif di sekurang-kurangnya lima hotel murah di bandar ini adalah daripada isteri orang dan ibu kepada dua atau tiga anak. Mereka dikatakan melacur kerana terpaksa dan dipaksa oleh suami masing-masing, berikutan tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan tetap bagi menanggung keluarga, sejak berhijrah ke sini.

Masalah itu berlaku kerana si suami kebanyakannya tidak mempunyai kelayakan akademik dan kemahiran untuk mendapat pekerjaan bergaji tetap di sektor swasta terutama dalam sektor perkhidmatan di sekitar bandar ini. Sikap malas melampau di kalangan suami, memaksa isteri mereka untuk terus melakukan kerja yang tidak bermoral itu bukan saja pada waktu siang malah malam.

Kebanyakan pelacur terbabit sudah mempunyai dua atau tiga orang anak dan memulakan kerja melayan nafsu serakah lelaki kaki perempuan bermula jam 9.30 pagi hingga lewat petang, sebelum pulang ke rumah untuk membersihkan diri bagi meneruskan tugas serupa pada sebelah malam.

Pada waktu itu, kita akan melihat beberapa suami yang tidak bertanggungjawab menghantar isteri masing-masing yang berhias seperti remaja berusia 20-an ke hotel murah menggunakan motosikal. Kemudian si suami akan duduk minum kopi di kedai kopi berhampiran antara 30 minit hingga sejam untuk menunggu isteri turun dari hotel menghantar duit yang diperoleh selepas melayan lelaki hidung belang itu,"