Sunday, 30 October 2011

Gadis Mengadu Sakit Buah Dada Akibat Diramas

Tidak padan dengan bisu, seorang Mat Rempit kemaruk seks meraba buah dada seorang jurujual sedang menunggang motosikal di hadapan kilang beras di Jalan Guar Chempedak-Yan, dekat sini, malam Selasa lalu.

Dalam kejadian pada jam 11.30 malam, mangsa berusia 20 tahun yang bekerja di sebuah kompleks beli-belah di sini, dalam pejalanan pulang ke rumahnya di Kampung Setia Tok Kau, Guar Chempedak.

Difahamkan, suspek berusia 20-an mengekori mangsa dari jauh sebelum mencabul kehormatan gadis berkenaan.

Sumber berkata, apabila tiba di hadapan kilang beras Jalan Guar Chempedak-Yan, mangsa mengesyaki seorang lelaki menunggang motosikal mengekorinya tanpa menyalakan lampu.

"Suspek mengekorinya mangsa dalam keadaan perlahan sebelum menghampiri motosikal mangsa. Tiba-tiba lelaki itu terus meraba buah dada sebelah kanan sehingga mangsa terkejut. Mangsa mendakwa mengalami kesakitan pada bahagian buah dadanya akibat diramas dengan kuat," katanya.