Wednesday, 8 June 2011

Warga Tua Seks Dengan Janda


Gelora nafsu memuncak menyebabkan seorang lelaki warga emas dan rakannya mengambil kesempatan membawa pulang seorang janda ke sebuah rumah di Kampung Melung, Jalan Datuk Kumbar di sini, untuk memuaskan nafsu mereka. Warga emas berusia 60 tahun yang mempunyai enam cucu, manakala rakannya lingkungan 50-an dikatakan mengenali wanita berusia 25 tahun itu ketika bersiar-siar di mini I-City berhampiran Dataran Paris dekat sini, kelmarin.


Kesempatan itu digunakan mereka untuk membawa pulang janda beranak dua itu bagi memuaskan nafsu walaupun wanita berkenaan baru dikenali tidak sampai beberapa jam sebelum diajak melakukan hubungan seks.

Wanita berkenaan mengaku melakukan hubungan seks beberapa kali dengan lelaki berkenaan kerana dorongan nafsu yang memuncak.