Sunday, 5 June 2011

Pelacur Muda

Linda dan rakan
Linda, seorang model dan pelajar berusia 23 tahun berkata, beliau telah menemui kerjaya yang sempurna – wang yang lumayan, bergesel bahu dengan golongan kaya dan waktu kerja yang sesuai.

Linda merupakan salah seorang daripada ratusan pelacur berharga tinggi yang memberi khidmat kepada golongan mewah Malaysia dan kumpulan ahli perniagaan asing yang tertarik dengan ledakan ekonomi negara Ini.

“Sekiranya anda mendapat tugasan peragaan, anda perlu bekerja keras,” kata Linda yang enggan memberikan nama penuhnya untuk melindungi identiti beliau. Tetapi di sini, ia hanya satu jam. Anda perlu bercakap dengan individu itu selama setengah jam dan kemudian setengah jam lagi di atas ranjang. Anda memperoleh wang yang banyak dan tugasnya mudah,” tambah Linda yang mengenakan caj RM2,000 untuk pertemuan selama sejam, di mana separuh daripada pendapatan itu disimpan oleh agensi pengiring.

Pelacuran adalah haram di Malaysia. Namun,pekerja seks tetap ramai dinegara ini berikutan kebanjiran warga asing terutama daripada China dan Indonesia. Peningkatan pelacur warga asing memaksa pelacur tempatan bekerja lebih keras dan menawarkan harga yang murah.

Linda
Ramai di antara mereka mengalami jangkitan HIV. Pelacur seperti Linda tinggal dalam dunia yang jauh daripada jalan terkenal di Kuala Lumpur, Jalan Chow Kit dan sekitarnya, sebuah wilayah lampu merah. Bekerja sebagai pelacur merupakan satu pilihan, mengadakan perdagangan di hotel-hotel bertaraf lima bintang dan bukannya di kawasan jalanan .

Kebanyakan pengiring bercaj tinggi seperti Linda adalah wanita terpelajar daripada keluarga kelas pertengahan yang melihat aktiviti pelacuran sebagai profesion yang menguntungkan, malah penuh dengan glamor.

Kebanyakan pekerja seks mewah di Malaysia mengenakan caj antara RM750 sehingga RM3,750 sejam. Namun, terdapat juga yang meminta bayaran berlipat ganda lebih tinggi.


“Saya memberi perkhidmatan kepada golongan kaya, jutawan dan juga usahawan perniagaan. Sudah tentu ia satu industri yang besar dan di India, khususnya adalah satu industri yang tumbuh pesat,” kata Sam, yang menguruskan sebuah agensi pengiring di Malaysia yang mempunyai cawangan di Dubai dan London.

No comments: