Sunday, 5 June 2011

Pelacur Kanak Kanak

Mangsa
Seorang murid perempuan berusia 11 tahun bukan saja didera oleh ibu tiri mereka, tetapi mangsa dipaksa menjadi hamba seks seorang lelaki sejak setahun lalu dengan upah antara RM5 hingga RM10.

Mangsa dari Jalan Gambang, di sini, mendakwa melakukan hubungan seks banyak kali dalam kereta oleh seorang lelaki berusia 30-an yang akan mengambil mangsa sebaik pulang dari sekolah sebelum membawanya ke bawah jambatan di kawasan sunyi. Di bawah jambatan berkenaan mangsa terpaksa melayani lelaki berkenaan sehingga petang.

Bagaimanapun, penderitaan mangsa yang didera di seluruh badan, termasuk digigit di bahu sejak empat tahun lalu, berakhir apabila seorang jiran membuat laporan polis, kelmarin. Ibu tiri dan bapa mangsa berusia 35 tahun yang bekerja di sebuah kilang di Pelabuhan Kuantan ditahan di rumah mereka kira-kira jam 8 malam kelmarin bagi membantu siasatan.