Sunday, 5 June 2011

Gadis Menanggis Dirogol

Mangsa Rogol
Luluh hati seorang ibu apabila terpaksa menyaksikan kerakusan anak lelakinya berusia awal 20-an merogol teman wanita di rumah mereka di Wangsa Maju, di sini, kelmarin.

Lebih menyedihkan apabila usaha ibu tunggal berusia 40-an itu supaya anaknya menghentikan perbuatan terkutuk terbabit tidak diendahkan walaupun berulang kali dia merayu sambil menangis. Gadis berkenaan dirogol dengan ganas sehingga tidak mampu membuat apa apa melainkan menjerit kesakitan.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam, lelaki terbabit dipercayai di bawah pengaruh dadah kerana langsung tidak mempedulikan ibunya sebaliknya lebih rakus dengan menodai kekasihnya yang menjerit meminta bantuan. Ketika itu wanita terbabit melihat jelas perbuatan anaknya merogol gadis berkenaan.

Selepas memuaskan nafsu, sus[ek menghantar pulang mangsa ke rumahnya dan memintanya tidak membuat laporan polis. Bagaimanapun mangsa telah membuat laporan di balai polis berhampiran dan akhirnya suspek berjaya diberkas tidak berapa lama kemudian.