Saturday, 16 April 2011

Pelajar Sekolah Melacur Pecah Pantat

KUALA TERENGGANU: Dia baru berusia 17 tahun dan bakal menduduki
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini. Namun, jumlah
wang dalam akaun banknya kini sudah melebihi RM80,000 walaupun dia
bukan daripada keluarga kaya.

Rahsia kemewahannya hanya terbongkar selepas pelajar perempuan itu
terpaksa dimasukkan ke sebuah hospital swasta di ibu negara kerana
kemaluannya cedera, Mac lalu.


Ini berikutan dia dikatakan menawarkan khidmat seks dengan mengenakan
bayaran antara RM2,000 hingga RM4,000 sekali perkhidmatan tanpa
disedari anggota keluarganya.

Tambah mengejutkan, hasil siasatan dilakukan, pelajar terbabit
didapati mempunyai simpanan lebih RM80,000 dipercayai hasil kegiatan
tidak bermoral itu.

Difahamkan, pelajar terbabit dikatakan mampu memperolehi bayaran
antara RM8,000 hingga RM12,000 semalam dengan melayan pelanggan kaya
yang diuruskan orang tengah termasuk ahli perniagaan dari luar negara.

Pelajar yang mempunyai perwatakan menarik dan dikatakan turut
cemerlang dalam pelajaran itu didakwa sudah melakukan kegiatan itu
sejak 2006 sehinggalah tembelangnya terbongkar dua bulan lalu.

Dia dikatakan sering berulang-alik ke ibu negara pada setiap malam
Jumaat dan hanya berada di sana selama semalam bagi mengelak
kegiatannya dihidu ahli keluarga dan pihak sekolah.

Difahamkan, kegiatan pelajar itu terbongkar selepas dia terpaksa
dimasukkan ke sebuah hospital swasta di ibu negara untuk menerima
rawatan lanjut berikutan kemaluannya cedera selepas melakukan hubungan
seks dengan pelanggan dari Timur Tengah.

Pelajar itu dikatakan menerima bayaran RM4,000 untuk melayan pelanggan
berkenaan, namun kecederaan dialami itu menyebabkan dia terpaksa
ponteng sekolah selama beberapa hari untuk menerima rawatan, sekali
gus membongkar kegiatan sumbangnya.

Sumber memberitahu Harian Metro, hanya segelintir guru mengetahui
perkara itu dan ia sengaja dirahsiakan bagi mengelak masa depan
pelajar berkenaan terjejas.

Hasil siasatan mendapati pelajar terbabit biasanya akan menaiki kapal
terbang pada setiap malam Jumaat sebelum dijemput sebuah kereta mewah
untuk dibawa ke hotel mewah di ibu negara bagi melayan pelanggan yang
sedia menunggu.

Kegiatan pelacuran membabitkan pelajar
perempuan di negeri ini mula dikesan sejak lima tahun lalu tetapi
sukar dikesan pihak berkuasa kerana pelajar terbabit dikatakan
menjalankan kegiatan mereka di ibu negara.

No comments: