Friday, 1 April 2011

Pelajar Sekolah Gila Seks


Seorang remaja perempuan mengaku ketagih seks sejak setahun lalu apabila menjadikan tandas awam sebagai ‘port asmara’ dengan kekasihnya.
 
Remaja berusia 16 tahun itu yang masih bersekolah juga mengaku dia membeli kondom terlebih dulu sebagai ‘persediaan’ bagi memuaskan nafsu bersama kekasihnya berusia 19 tahun yang dikenalinya ketika lelaki itu masih belajar di sekolah sama.

Malah, dia mengaku berulang kali menjadikan tandas itu sebagai port asmara bagi menghilangkan ketagihan seks bersama teman lelakinya. Katanya, sepanjang perkenalan itu mereka mula melakukan seks dengan memilih tandas awam sebagai tempat melakukan perbuatan itu.

Bermula dengan beberapa kali terlanjur dengan hubungan haram itu, remaja perempuan terbabit terus ketagih mengadakan hubungan seks bersama pasangannya dan melakukannya sekiranya ada kesempatan ketika bertemu.

Malah, remaja terbabit mengakui dia membeli satu set kondom a RM3.50 di kedai runcit di pekan berkenaan berhampiran sekolahnya sebelum menemui teman lelakinya itu.

Hasil hubungan pertama itu mereka terus terlanjur dengan menjadikan tandas sebagai lokasi pilihan sehinggalah mereka beralih ke rumah remaja perempuan itu.

No comments: