Tuesday, 22 March 2011

Keluarga Habuan Seks

ROMPIN: Seorang lelaki berusia lingkungan 40-an yang mengaku dirinya bomoh bukan saja berlagak alim dengan mengajar ilmu agama songsang malah turut menjadikan seorang ibu tunggal serta tiga anak wanita terbabit sebagai tempat memuaskan nafsunya. Selain mengajar ajaran sesat, bomoh terbabit yang dikenali dengan panggilan ‘Bapak’ juga didakwa mengaku mampu menghilangkan dosa pesakitnya melalui upacara membuang dosa dengan melakukan hubungan seks.


Difahamkan, ibu tunggal berusia 50-an berkenaan pada mulanya menemui bomoh itu di rumah lelaki terbabit di luar daerah ini pada awal Januari lalu untuk berubat selepas dimaklumkan dia mampu merawat penyakit ditanggungnya.

Bagaimanapun, mangsa dipercayai dipukau dikehendaki melakukan upacara pembuangan dosa terlebih dulu sebelum meneruskan rawatan dan dia kemudian dirogol lelaki berasal dari Indonesia yang mempunyai taraf penduduk tetap itu.


Perbuatan jijik bomoh terbabit tidak berakhir di situ saja apabila selang beberapa hari kemudian, mangsa membawa suspek pulang ke rumahnya untuk diserahkan kepada tiga anak perempuannya dan tinggal sebumbung selama hampir dua bulan.

Tindakan ibu tunggal berkenaan mengundang padah apabila tiga anak perempuannya berusia 20-an hingga 40-an turut menjadi mangsa malah empat beranak terbabit menjadi hamba seks kepada lelaki berkenaan.

Sepanjang tempoh berkenaan empat mangsa terbabit disetubuhi berulang kali bergilir gilir sehingga salah seorang mangsanya hamil.

No comments: