Wednesday, 1 September 2010

Gadis Dinikmati 8 Lelaki

Seorang gadis diberi pil khayal dirogol bergilir-gilir lapan pekerja kilang selama tiga hari berturut-turut. Mangsa dilaporkan hilang keluarganya Jumaat lalu dan dikatakan mengikut teman lelakinya sebelum diberi pil khayal dan disembunyikan di kedai di Jalan Melor 2A, di sini sebelum dirogol teman lelaki dan rakannya.



Mangsa yang berusia 17 tahun dan tidak lagi bersekolah sebelum itu dikatakan baru berkenalan dengan lelaki berasal dari Sabah sebelum mangsa diajak minum di warung berhampiran Desa Melur.



“Mangsa bersetuju keluar minum bersama teman lelakinya yang turut membawa seorang lagi rakan lain. Difahamkan, mangsa tiba-tiba tidak sedarkan diri, sejurus diberi minuman suspek.



“Mangsa dalam keadaan separuh sedar dibawa ke rumah kedai berhampiran sebelum dirogol bergilir-gilir teman lelakinya dan rakan suspek yang lain,”

No comments: