Monday, 30 August 2010

Gadis Muda Dinikmati

Dua pelajar perempuan sebuah sekolah di Gombak, di sini, yang lari dari rumah dirogol teman lelaki dan rakannya selepas meminta bantuan mereka mencarikan rumah sewa.
Difahamkan, kedua-dua pelajar berusia 15 tahun itu bersepakat melarikan diri dari rumah masing-masing Sabtu lalu sebelum salah seorang daripadanya menghubungi teman lelaki yang baru dikenali untuk mendapatkan bantuan.

mangsa dipercayai baru kali pertama berjumpa dengan teman lelakinya itu selepas sebulan berkenalan. Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kedua-dua mangsa menghubungi suspek sebelum berjumpa mereka di Puchong.

“Pada mulanya mangsa diumpan dengan dibawa bersiar-siar di sekitar ibu kota. Selepas beberapa jam bersiar-siar, mereka kemudian dibawa ke sebuah rumah kononnya untuk disewa di Pandan Indah, Ampang, di sini.

“Apabila tiba di rumah berkenaan, mangsa ditarik memasuki sebuah bilik yang terdapat di dalam rumah itu sebelum dirogol. Mangsa pertama dirogol teman lelakinya manakala rakan sebayanya pula dirogol oleh rakan teman lelaki terbabit,”

No comments: