Wednesday, 14 July 2010

Sex Dengan Gadis Berpenyakit

SEREMBAN: Seorang peniaga yang melakukan hubungan seks dengan seorang remaja berusia 17 tahun bukan saja menghadapi dakwaan merogol mangsa malah dia juga berhadapan dengan kemungkinan dijangkiti penyakit kelamin.

Lelaki berusia 45 tahun terbabit ditahan polis sejak 10 Mei lalu selepas remaja keciciran sekolah itu membuat laporan polis bahawa dia dirogol di unit kediaman di Rumah Rakyat Rembau kira-kira jam 3.30 pagi Sabtu lalu.



Pemangku Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata hasil pemeriksaan doktor mendapati remaja terbabit menghidapi penyakit kelamin hingga terpaksa dirawat di Hospital Seremban.

Katanya, remaja berasal dari Felda Serting Hilir, Jempol itu mendakwa dia dirogol lelaki terbabit selepas keluar minum bersama di sebuah kedai di pekan Pedas pada awal pagi Sabtu lalu.

Difahamkan, remaja terbabit mengambil minuman keras sebelum dia dibawa pulang ke rumah lelaki itu dan melakukan hubungan seks.

Bagaimanapun, pada Isnin lalu, remaja itu membuat laporan polis mengatakan dia dirogol lelaki terbabit menyebabkan mangsa dihantar ke hospital untuk pemeriksaan perubatan.

Difahamkan, remaja terbabit pernah melakukan hubungan seks dengan ramai lelaki menyebabkan dia menghidap penyakit kelamin hingga terpaksa ditahan di hospital untuk rawatan lanjut.

No comments: